Sunday, October 3, 2010

E-Qalam Baru: lebih MUDAH & CANGGIH!!!


Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada anda semua. Masih belum terlambat untuk saya mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri dan selamat berpuasa di bulan Syawal. Alhamdulillah, penantian selama sebulan telah tamat apabila saya mengunjungi kilang E-Qalam Al-Quran untuk mengambil stok terbaru pada hari Jumaat lepas, 1 Oktober 2010.

Ribuan kemaafan saya pinta kepada yang telah menunggu lama. Namun penantian anda sangat berbaloi kerana anda bakal menjadi antara rakyat Malaysia pertama memiliki E-Qalam terbaru yang lebih mudah dan canggih ini. Al-Quran cetakan berkualiti tinggi, tulisan lebih mudah dibaca & Pen Digital yang boleh di cas semula (tak perlu beli bateri lain), semua ini boleh anda miliki dengan harga yang sama seperti dahulu, tanpa perlu membayar lebih.

Sesungguhnya E-Qalam ini sangat diminati seluruh rakyat Malaysia, buktinya 50 unit E-Qalam yang saya ambil dari kilang telah terjual sebanyak 12 unit dalam masa 1 hari sahaja! Sekarang cuma tinggal 38 unit yang masih belum dijual.

Segera hubungi saya sebelum kehabisan stok!
013-971 6654 / 012-239 5106


E-Qalam (lama)

E-Qalam (baru)

Motif hiasan cantik

Cetakan berkualiti tinggi

Rekaan menambat hati

Kertas lebih berkualiti (baru)

Tulisan mudah dibaca (baru)

Pen Digital lebih kompak (baru)

Pen Digital boleh cas semula (baru)

Perbandingan syiling 50sen

Bacaan oleh Syeikh Saad Said Al-Ghamidi
& terjemahan B.Melayu / English

Butang mudah ditekan

Pen Digital berteknologi tinggi

Thursday, July 15, 2010

Stok baru sempena kedatangan Ramadhan!


Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada anda semua. Stok baru e-Qalam Al-Quran kini boleh didapati melalui pihak kami dengan jaminan anda akan mendapat HARGA KILANG apabila membelinya. Selain itu, kos penghantaran juga PERCUMA bagi kawasan tertentu dan RM15 sahaja bagi kawasan-kawasan lain.

Kepada yang telah memilikinya saya galakkan supaya letak di ruang tamu bagi memudahkan ibubapa dan anak-anak menggunakannya untuk mengaji di sepanjang bulan Syaaban dan Ramadhan yang akan tiba nanti. Kurangkanlah menonton televisyen dan melayari internet demi tidak mensia-siakan keberkatan bulan-bulan mulia ini, insyaAllah.

Semoga dengan kehadiran e-Qalam Al-Quran ini akan memudahkan dan menyemarakkan lagi budaya pembacaan Al-Quran di kalangan umat Islam di Malaysia dan seluruh dunia.

Tuesday, June 22, 2010

semuanya SOLD OUT...


Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Pertamanya saya ingin mengajak semua pembaca supaya mendoakan keselamatan dan keampunan kepada muslim di seluruh dunia, semoga Allah sentiasa bersama kita, amin.

Kedua, saya ingin memaklumkan bahawa stok 60 unit e-Qalam telah habis. Saya mohon maaf kepada yang masih belum memilikinya.

Ketiga, berita baik untuk semua, stok baru 60 unit e-Qalam akan mula dijual pada hari Jumaat, 25 Jun 2010. Anda boleh meninggalkan nama dan no telefon / emel di kotak sebelah untuk membuat tempahan. Anda juga boleh call / SMS saya untuk membuat tempahan atau pertanyaan.

Segala usaha pihak tuan/puan dalam membudayakan pengajian Al-Quran hanya ALLAH yang mampu membalasnya, amin.

Wassalam.

Wednesday, May 26, 2010

Kehabisan...


Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua pengunjung laman ini.

Sukacita saya maklumkan 60 unit e-Qalam yang saya ambil dari kilang pada hari Isnin minggu lepas, 17 Mei 2010, kini telah tinggal 30 unit sahaja yang belum dibeli. Stok e-Qalam bahasa inggeris juga masih ada 3 unit.

Jika anda berminat untuk melihat demonstrasi atau membeli e-Qalam Al-Quran ini boleh terus hubungi saya melalui telefon atau email. Segera hubungi saya sebelum kehabisan stok.

"MEMBACA DAN MEMAHAMI"

Tuesday, May 18, 2010

Stok terbaru e-qalam


Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Pihak kami ingin memaklumkan bahawa stok e-qalam al-quran yang terbaru telah sampai pada hari Isnin, 17 Mei 2010. Hanya 60 unit sahaja (B.Melayu & B.Inggeris) yang boleh didapati buat masa ini kerana kilang masih belum mampu mempercepatkan pengeluaran disebabkan masalah teknikal.

Beberapa unit telah selamat dihantar kepada pelanggan yang telah membuat tempahan awal. Sebentar lagi akan dihantar 11 unit lagi kepada beberapa pelanggan. Dianggarkan stok ini akan habis menjelang minggu depan. Sila hubungi saya jika anda telah membuat tempahan dan saya akan membuat penghantaran selepas menerima bayaran RM500 dari anda (tunai / cek / bank-in).

"Membaca & Memahami"

Sunday, April 25, 2010

Pengumuman e-Qalam


Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua pengunjung laman e-Qalam Al-Quran.

Pihak kami ingin mengumumkan bahawa kami mengalami kekurangan stok buat masa ini di bahagian pengeluaran (kilang). Ini terjadi kerana kami mendapat terlalu banyak tempahan terutamanya selepas Pesta Buku di PWTC, Kuala Lumpur baru-baru ini. Namun begitu kami akan cuba sedaya-upaya untuk memenuhi segala permintaan demi untuk tidak menghampakan generasi pencinta Al-Quran di seluruh dunia.

Antara jualan terakhir yang dibuat adalah untuk pelanggan dari Arab Saudi dan kini kami masih dihujani panggilan dari Brunei dan negeri-negeri lain di seluruh semenanjung. Kami mengutamakan mereka yang membuat tempahan awal (melalui telefon atau emel).

Jadi, hubungi kami sekarang untuk membuat tempahan dengan memberikan nama dan nombor telefon anda (tidak perlu wang pendahuluan). Siapa cepat, dia dapat.

Monday, March 29, 2010

Video e-Qalam


Buletin Utama (TV3)

Produk e-Qalam Al-Quran Digital ini sebenarnya baru 6 bulan dilancarkan dan ianya mendapat sambutan yang amat menggalakkan di mana pada waktu ini hampir 5,000 unit telah terjual.

Tarikan utama e-Qalam adalah pada teknologi pen digital yang merupakan antara yang terbaik di dunia, suara bacaan Syeikh Saad Said Al-Ghamidi yang jelas dan merdu, serta Al-Quran berkod yang bertulisan besar dan mudah dibawa ke mana-mana di dalam beg kulit.

Set e-Qalam juga dilengkapi dengan kompas kiblat dan fon telinga untuk kemudahan pengguna ketika mengembara. Terdapat jaminan 1 tahun untuk produk ini.


Iklan e-Qalam

Ini adalah video iklan e-Qalam yang pertama. Sebahagian video ini pernah ditayangkan di TV3, TV9 dan Astro Oasis.

Semoga dengan kelahiran produk yang berguna dan mampu dimiliki ini akan menyuburkan lagi budaya membaca Al-Quran di kalangan masyarakat.

Hubungi HEALMIE di 013 - 971 6654 untuk mendapatkan e-Qalam dengan segera.

Sunday, February 21, 2010

Penggunaan e-Qalam


Cara-cara menggunakan e-Qalam
  • Memulakan bacaan : tekan butang "ON / OFF" selama 3 saat untuk mengaktifkan.
  • Untuk mendengar (bacaan biasa; At-Tadwir) : halakan mata pen ke mana-mana bahagian ayat yang ingin dibaca.
  • Untuk mendengar (bacaan perlahan; Al-Tartil) : halakan mata pen ke tanda wakaf (tanda bulatan) ayat yang ingin dibaca.
  • Untuk mendengar terjemahan ayat : tekan butang "TERJEMAH".
  • Untuk melaraskan bunyi : tekan butang "VOL+" atau "VOL-" mengikut kesesuaian.
  • Selesai bacaan : tekan butang "ON / OFF" selama 3 saat untuk mematikan.
lihat video e-Qalam di sini (klik)

Pengenalan e-Qalam


Set e-Qalam merupakan satu lagi kejayaan baru dalam teknologi pendidikan untuk membantu anda membaca Al-Quran dengan bacaan yang betul. Ini dilakukan dengan bantuan pen digital berteknologi terkini yang boleh membaca kod-kod yang terdapat pada Al-Quran yang disediakan lalu mengalunkan ayat-ayat suci hasil bacaan Syeikh Saad Said Al-Ghamidi (Imam Makkah).

Set e-Qalam ini mampu mengalunkan dua kaedah bacaan iaitu At-Tadwir (biasa) dan juga Al-Tartil (perlahan). Ini memudahkan pemiliknya mendengar sebelum mengikuti bacaan berkenaan.

Set e-Qalam ini mempunyai kemampuan untuk menterjemah bacaan Al-Quran ke dalam empat (4) bahasa iaitu Bahasa Melayu, Inggeris, Indonesia, dan Mandarin.

SEGERA HUBUNGI SAYA : 013-971 6654 / 012-239 5106 / e.qalam@yahoo.com