Sunday, April 25, 2010

Pengumuman e-Qalam


Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua pengunjung laman e-Qalam Al-Quran.

Pihak kami ingin mengumumkan bahawa kami mengalami kekurangan stok buat masa ini di bahagian pengeluaran (kilang). Ini terjadi kerana kami mendapat terlalu banyak tempahan terutamanya selepas Pesta Buku di PWTC, Kuala Lumpur baru-baru ini. Namun begitu kami akan cuba sedaya-upaya untuk memenuhi segala permintaan demi untuk tidak menghampakan generasi pencinta Al-Quran di seluruh dunia.

Antara jualan terakhir yang dibuat adalah untuk pelanggan dari Arab Saudi dan kini kami masih dihujani panggilan dari Brunei dan negeri-negeri lain di seluruh semenanjung. Kami mengutamakan mereka yang membuat tempahan awal (melalui telefon atau emel).

Jadi, hubungi kami sekarang untuk membuat tempahan dengan memberikan nama dan nombor telefon anda (tidak perlu wang pendahuluan). Siapa cepat, dia dapat.

0 comments:

Post a Comment